Saturday, May 8, 2010

PERKASA PERLU LEBIH PERKASA DARI AWE ADEK!!!



Dimana Datok Ibrahim Ali selaku Presiden PERKASA bila Timbalan Menteri Kewangan, Awang Adek memohon agar lesen judi HALAL dikeluarkan oleh kerajaan agar rakyat jelata boleh berjudi secara sah. Dimana perkasa???

Sepatutnya Datok Ibrahim Ali lebih perkasa dari Awang Adek dengan memohon kepada kerajaan agar lesen pelacuran diluluskan. Ekonomi pelacuran sangat memberansangkan cuma aktiviti ini dilakukan secara haram. Jika Datok Ibrahim Ali dapat memohon lesan ini kepada kerajaan sudah tentu aktiviti ini berlaku dalam kawalan dan pemantauan pihak berkuasa dan ekonominya dapat disalurkan kepada kerajaan.

Datok Ibrahim Ali juga harus memandang lebih jauh kehadapan daripada Awe Adek dengan memperkasakan kaum melayu dengan memohon kepada kerajaan agar menambahkan jurusan yang berkaitan dengan judi di IPT dan IPTS agar kaum melayu dapat mengetahui alam perjudian ini ketika dibangku sekolah lagi dengan harapan kaum kita dapat melahirkan para penjudi yang hebat dan bertauliah dikalangan orang-orang melayu.

Pihak perkasa juga sepatutnya memohon agar pelajar mendapat potongan sebanyak 50% untuk berjudi di Genting Highland bagi menarik minat kaum melayu untuk berjudi di sana . Dengan potongan 50% juga dapat mengalakkan para pelajar untuk menghabiskan masanya dengan berjudi daripada membuat kerja-kerja yang tidak berfaedah.

Perkasa juga harus masuk ke ceruk-ceruk kampung untuk menghalakan judi laga ayam untuk membaik pulih perjudian ini supaya dinaik taraf sehingga ke peringkat antarabangsa demi ekonomi negara dan mengelakkan kemunduran dalam perjudian kampung.

Perkara ini harus dilakukan Perkasa jika Perkasa bersetuju dengan cadangan Awe Adek itu. Jika Datok Ibrahim Ali tidak bersetuju lesen judi HALAL dikeluarkan oleh kerajaan beliau seharusnya melompat-lompat di dalam parlimen untuk menyatakan pendiriannya yang tidak bersetuju judi bola sepak dihalalkan apatah lagi yang mengumumkannya itu dilakukan oleh seorang melayu islam yang benar-benar menghina agam suci agama ISLAM.

Masih menunggu pendirian Perkasa~

1 comment: