Friday, February 4, 2011

Air Mata Tok Guru demi Bumimu Mesir Mesopotamia.



Sedih dan sayu melihat air mata tok guru jatuh ke pipinya tadi. Melihat air mata tok guru membasahi pipinya itu memperlihatkan tok guru begitu sedih dengan nasib rakyat mesir dan rakyat Malaysia di sana. Hanya mampu berdoa dan bersembahyang hajat meminta pertolongan ALLAH swt agar mereka di sana selamat dan berharap kerajaan Hosni Mubarak dapat dijatuhkan.

Jatuhnya Hosni Mubarak di Mesir adalah pintu kepada kenaikkan dan kegemilangan Islam akan kembali berada di puncak yang tinggi.

Teringat kisah Tun Mahadhir pernah menangis teresak-esak kerana ingin melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Dan ramai yang bersorak ria kerana Tun Mahadhir ingin meletak jawatan namun kegembiraan hanya seketika kerana Tun Mahadhir berjaya dipujuk oleh Pak Lah.

Tok Guru menangis kerana bumi mesir manakala Tun Mahadhir menangis kerana jawatan Perdana Menteri.

Tok Guru juga menyeru supaya mengubah persepsi kita yang mengagumi mesir kerana tamadun yang ada di sana seperti piramid kerana di bumni lain juga mmepunyai tamadun yang unit. Seperti cina mempunyai keunikan pembinaan tembok cina yang dikatakan dapat dilihat walaupun dari bulan. Tok Guru memberitahu bahawa kehebatan bumi mesir yang mempunyai al-azhar diasaskan oleh dinasti Fatimid di Mesir, keturunan Fatimah, anak perempuan dari Rasul SAW.

Mesir juga di kenali dengan pemeritahan Firaun dan diantara penentang kerajaan Firaun adalah anak angkatnya iaitu Nabi Musa a.s. Tok guru juga memberitahu bahawa pemerintahan yang ada pada hari ini di Mesir telah menutup mulut ulamak dan hari ini Rakyat pula yang mentutup mulut Hosni Mubarak.

Tok Guru juga menjawab serangan jahat umno yang menyuruh PAS mentup mulut. Tok guru memberitahu PAS tidak akan menutup mulut bahkan akan terus dan mempergandakan lagi dakwah kerana apa yang disuarakan PAS adalah berlandaskan ISLAM dan jika mahu PAS menutup mulut, UMNO harus membuktikan apa yang didakwah PAS adalah tidak benar dan tidak mengikut ISLAM yang sebenar. Namun, UMNO yang TERTUTUP MULUT jika diajak berbincang mengenai Islam kerana Umno lebih memilih sosialis daripada kembali kepada al-quran dan sunnah.

Semoga para sahabat, muslimin muslimah dan manusia yang tidak berdosa di Mesir selamat dari provokasi yahudi yang menyamar sebagai pro-Hosni Mubarak.

2 comments:

  1. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    الله اكبر الله اكبر الله اكبر

    .. اللهم ارزقني عزا وشرفا واجعلني مؤمنا صالحا محبوبا عندك وعند الناس جميعا

    ReplyDelete
  2. Saya pun sedih dengan keadaan di Mesir. Tak payahlah saya nak mengata kepada orang lain atas dasar apa mereka bersedih. Tak perlu juga saya nak bersedih kerana Tok Guru bersedih dahulu. Sedih melihat ada manusia yang akan terkorban dalam satu perjuangan dan di sini sedih juga melihat manusia begitu mengkagumi manusia lain pada hal kagum manusia ada hadnya..

    ReplyDelete