Wednesday, February 2, 2011

Apakah Perjuangan Mu?



Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin telah lupa.Lupa dengan kata-katanya" Melayu Mudah Lupa" Tun Mahadhir juga terlupa apa yang diperjuangkan ketika dirinya diamanahkan rakyat untuk memerintah Malaysia satu ketika dahulu. Lupakah beliau akan perjuangan yang diperjuangkan dirinya adalah Perdana Menteri? Setiap tutur dan perjuangannya dahulu adalah Melayu. Malah kata-kata keramat berbisanya ialah Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu. Sehingga Islam dan Melayu diangkat sama tinggi darjatnya.

Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu.


Tun Mahadhir bukan sahaja bersemangat Kemelayuannya ketika menjadi Perdana Menteri, sehingga kini beliau aktif bersama anak tirinya Ibrahim Ali dengan pertubuhan Perkasa yang juga kata keramatkan Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu.

Kini Tun Mahadhir tiba-tiba ingin membuang songkok tingginya itu dan digantikan dengan serban yang besar di kepalanya. Kini Tun Mahadhir mengangap dirinya adalah pejuang Islam bila di kepalanya kini serban dan bukannya songkok tinggi. Malah Tun Mahadhir menbdakwa Islam Nik Aziz lebih teruk banding Islam nasionalis.

Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu.

Mengapa ketika Tun Mahadhir menjadi PM beliau tidak pernah ingin menjadikan negara Malaysia ini sebauh negara islam yang sebenar. Mengapa ketika Tun Mahadhir mempunyai kuasa di Parlimen tidak meluluskan Hudud. Mengapa kini Tun Mahadhir ingin bercakap dilunas Islam. Dan apakah prinsip Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu yang dilaungkan Tun Mahadhir kini masih releven.

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR.

Sesungguhnya apa yang diucap tok guru dalam isu Lee Kuan Yew yang meminta umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam adalah reson terhadap perlakuan orang islam di sini menolak terus islam dan menjadi bangsa sebagai wadah perjuang. Tok guru juga menyifatkan, diantara mengurangkan dan menolak terus, menolak terus lagi teruk daripada mengurangkan.

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR.

Dan jika Tun Mahadhir ingin bercakap dan berjuang demi ISLAM, adalah molek beiau menyatkan penyesalan dalam pemerintahan satu ketika dahulu yang menolak Islam dan mengantikan dengan Melayu. Beliau juga jangan lupa tentang penghinaannya tentang sunah nabi yang menyimpang janggut dimana beliau masih belum menarik balik apa yang diucapkanya satu ketika dahulu.

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR.

Sesungguhnya PAS dulu kini dan selamanya (ISYAALLAH) akan terus memperjuangkan Islam dan jika Tun Mahadhir betul-betul mahu memperjuangkan ISLAM. Tolak perjuang Umno( Hidup Melayu,Hidup Melayu,Hidup Melayu) dan bersama PAS untuk memperjuangkan Islam.

ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR, ALLAHU AKHBAR.

1 comment: