Monday, February 7, 2011

Nak berdebat samak tangan tu dulu dei~



Mat Nor selaku Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran Umno Kelantan yang juga merupakan bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88 gembira bila Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju untuk berdebat dengan beliau.

Namun tok guru menegaskan apa yang disiarkan di akhbar sinar harian itu adalah tidak benar dan tidak menepati maksud sebenar YAB Tuan Guru. Ini kerana tok guru memberitahu bahawa bersedia mengadakan perbincangan antara beliau dengan Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya dengan Mat Nor yang hanya timbul bila isu berdebat dengan tok guru.

Siapa Mat Nor untuk berdebat dengan Tok Guru.

Mat Nor hanyalah watak picisan dalam umno. Berdebat atau berbicang dengannya tidak dapat mengubah apa-apa dalam dasar negara apatah lagi mengubah perjuangan Umno. Mat Nor juga tidak pernah terlibat dalam isu kenegaraan dan untuk apa tok guru harus berdebat dengannya yang pernah menyerang tok guru kerana berkawan dengan DAP namun persahabatan UMNO dengan MCA dan MIC sudah lama terjalin.

Kenapa Mat Nor tidak menyerang atau berdebat dengan Najib kerana berkawan dengan MCA dan MIC?

Dan jika diteliti, apa sumbangan Mat Nor kepada Umno atau negara Malaysia ini. Pernahkan Mat Nor mengeluarkan fatwa atau pendirian tentang penubuhan negara islam. Sedangkan Karpal Singh sudah pun bersedia untuk berbincang tentang negara Islam. Pernahkan Mat Nor berbicara pasal hudud? Pernahkan Mat Nor memberitahu kepada para isteri Menteri membuka aurat itu adalah haram?

Mat Nor didalam Umno tidak ubah seperti budak suruhan. Ini kerana beliau tidak pernah mengambil mana-mana bahagian pun dalam isu di negara ini selain memburuk-burukkan imej tok guru. Bagaimana dengan isu penghinaan yang dibuat isteri perdana menteri yang merupakan penauang kepada FFI yang jelas menghina kesucian aurat wanita islam. Dimana Mat Nor ketika itu? Dimana kreabiliti Mat Nor sebagai Pengerusi Biro Agama Veteran Umno Kelantan.

Dan bagaimana dengan cerita lama Mat Nor yang pernah berfatwa bahawa bersalam dengan orang Umno adalah haram. Bila Mat Nor mahu memperjelaskan isu ini secara terbuka kerana kami TERLALU ingin mengetahui apakah benar Mat Nor pernah berfatwa sebegitu rupa?

2 comments: