Thursday, March 24, 2011

Apa dakwaan di Malaysia kepada Pengedar video 'blue' ( three stooges )



Sebelum ini kecoh di Indonesia kerana artis kesayangan wanita mereka dituduh kerana tuduhan sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya. Ariel diputuskan untuk dipenjara 3 tahun 6 bulan dan didenda sebanya RP250 juta. Pihak media Indonesia mengecam Ariel dan pasangannya. Ariel tidak mengaku bersalah dengan menyatakan pasanagn yang ada di dalam video itu bukanlah beliau dan pasangannya dan mendakwa pelanduk 2 serupa. Namun setelah sekian lama dibicara di mahkamah Indonesia, Ariel di dapati bersalah kerana sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya.

Itu yang berlaku di Indonesia.

Di Malaysia, Satu video salah laku seks yang kononnya milik ketua pembangkang telah didedahkan kepada media. Video itu telah dipertontonkan dengan rakaman berkenaan secara individu di sebuah bilik hotel oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Datuk T.Datuk T memberitahu, dia mahu media menyaksikan sendiri rakaman tersebut sebelum menyerahkan kepada pemimpin berkenaan dan isterinya untuk tujuan pengecaman dalam tempoh seminggu ini.

Tak sampai seminggu, video yang kononnya milik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sudah terjawab. Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menafikan lelaki di dalam video itu adalah beliau. Beliau juga yang memberitahu bahawa lelaki berada di dalam video itu berperut buncit. Baliau juga telah membuat laporan polis dan berharap pihak polis mangambil tindakan sewajarnya terhadap individu bergelar Datuk 'T' yang menayangkan rakaman video itu kepada beberapa wakil media di sebuah hotel di ibu negara beberapa hari yang lepas.

Siapa Datuk 'T'

Tak sampai seminggu rakyat bermain dengan teka-teki, akhir siapa Siapa Datuk 'T' terjawab. Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim telah membuat satu kenyataan akhbar dan mengaku merekalah Datuk 'T'. Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik. Meraka ialah terdiri daripada Tan Sri Rahim Thamby Chik sendiri dan 2 sahabatnya ialah Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan seorang lagi Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari PERKASA.

Three stooges mengesahkan merekalah yang terlibat dalam mendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu. Namun apakah mereka bertiga itu tidak bersalah. Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendedahkan skandal video seks kepada media Isnin lalu merupakan konspirasi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat laporan polis.

Apa tindakan polis.

Selepas pengakuan Three stooges, masih tiada tangkapan. Kita tunggu dan lihat. Jika di Indonesia, mahkamah mereka menetapkan Ariel peterpan bersalah kerana sengaja memberi peluang dan kesempatan untuk pihak lain memgedarkan video-video lucahnya. Maka kes ini seakan-akan sama. Semoga pendedah skandal video seks ini juga mendapat hukuman yang setimpal.

Jangan malukan Malaysia di mata dunia. Kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menjejaskan hubunag dua hala antara Malaysia dan juga Australia dan Turki. Jangan kerana kes ini juga akan memperlihatkan negara Malaysia tidak mengamalakan demokrasi.

1 comment: