Saturday, May 7, 2011

Halal atau haram hari ibu?



Tahun ini hari ibu telah jatuh pada 8 Mei. Tentu ramainya menyangka hari ibu adalah pada 9 Mei. Namun yang demikian, hari ibu tahun ini adalah pada 8 Mei kerana Malaysia menyambut hari ibu pada hari ahad mimggu ke-2 dalam Mei seperti mana negara US, Jepun, Netherlands, Australia, Austria, Canada, China, Italy, Hongkong, Finland, Switzerland, Turki dan beberapa negara lain. Sambutan hari ibu di setiap negara adalah berbeza. Ada yang menyambut pada awal Mei dan ada juga pada akhir bulan Mei.

Perbezaan tarikh bukanlah satu perkara besar, namun yang isunya ialah, adakah halal untuk kita yang beragama islam ini untuk menyambut perayaan hari ibu?

Halal atau haram hari ibu?

Hari ibu bagi orang-orang Greece adalah satu perayaan musim bunga dan penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Di England mereka menyambut hari ibu atau dikenali sebagai "Mothering Sunday" sebagai penghormatan kepada Mother Mary atau Siti Mariam ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan. Amalan ini terus menular sehinggalah ke Malaysia. Namun adakah kita di Malaysia menyambut hari ibu demi menghormati atau mengingati sepertimana orang Greece atau orang-orang England.

Berdasar 2 penyebab perayaan itu, adakah perayaan hari ibu ini masih halal? Di dalam islam, kita hanya ada 2 perayaan sahaja. 2 perayaan itu ialah idul Fitri dan Idul Adha. Maka, kita sebagai umat islam tidak boleh mengangap hari ibu itu ialah satu hari perayaan.

Namun, untuk menyambutnya, bagi pendapat aku, adalah tidak haram. Ini kerana, sesuatu perkara yang berlaku adala bersifat evolusi.Dimana amalan manusia itu tidak statik dan apa yang dirai hari ini sudah tidak ada kena mengena dengan kepercayaan dahulu yang sudah beratus tahun lamanya. Mungkin dahulunya hari ibu disambut demi mengigati atau hari menghormati seseorang wanita, tapi kini ianya telah berevolusi. Ini kerana, menurut Dr. Yusuf al-Qaradhawi, orang-orang barat menyambut hari ibu adalah demi kerana untuk memupuk anak-anak remaja barat untuk menyayangi dan menghormati orang tua mereka. Dan mereka melatak satu tarikh untuk merayakan hari tersebut. Berbeza dengan Islam, berkasih sayang atau hormat-menghormati adalah setiap hari dan setiap detik.

Maka, jika hendak mengucap “Happy mother’s day ” atau " selamat hari ibu" dan memberi sedikat hadiah dan kad ucapan nota kasih sayang rasanya bagi aku, ianya dibolehkan asalkan tidak mengangapnya satu perayaan namun kita seharusnya sentiasalah menyangi dan menghormatinya seperti mana dalam termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah saw.

SELAMAT HARI IBU DAN SEMOGA SETIAP HARI ADALAH HARI BERKASIH SAYANG BAGI KITA UMAT ISLAM.

1 comment:

  1. Ianya amat Islamik dan tidak bercanggah dalam Islam terutamanya menyedarkan seseorang menderhaka kepada ibu mereka.

    Saya amat setuju Hari Ibu diperbesarkan supaya menyedarkan kesilapan anak-anak.

    Hari Ibu pada Mei dan Hari bapa pada Jun adalah sambutan sekular terbaik dan seluruh umat Islam boleh menyambut malah digalakkan kerana syurga dibawah tapak kaki ibu terutamanya anak lelaki.

    ReplyDelete