Monday, May 9, 2011

Terima kasih kerajaan. Kenaikan harga gula melegakan hidup kami.



Terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin terhadap rakyat. Kami membayar cukai demi untuk membayar lebih dalam perbelanjaan harian. Kami juga merasa tidak senang hati bila harga minyak ron 97 naik. Kami tidak menggunakan ron 97. Hanya mereka yang mewah menngunakan ron 97. Maka kami telah terkeluar dalam senarai mengkayakan kerajaan demi pru-13.

Bermula 10 mei, harga gula akan naik sebanyak 20 sen. Inikah bukti kerajaan hari memperjuangkan hak rakyat? Memperjuangkan hak rakyat 1 Malaysia. Adakah dengan menaikan harga gula adalah keputusan terbaik kerajaan dalam membela nasib rakyat. Tahukah kerajaan, gula merupakan sumber utama dalam kehidupan seharian. Dengan menaikan harga gula, maka akan banyak lagi akan berlaku kenaikan harga barang.

Maka dengan ini, saya dengan hati yang ikhlas ingin menghasut tuan-tuan dan puan-puan agar mengundi pakatan rakyat. Untuk apa lagi kita memilih umno jika Umno sendiri tidak memilih rakyat, Meraka yang kita pilih dalam pilihanraya lebih memilih kapatalisme. Mereka lebih memilih untuk menyusahkan rakyat dari menyenangkan rakyat.

Pernah dengar buku jingga?

Jika tidak lama dahulu, pakatan rakyat telah memperkenalkan buku jingga. Kandunagn buku jingga itu jelas bagaimana mengajar bagaimana cara-cara memerintah untuk menyenangkan rakyat. Namun, respon kerajaan yang ada hari ini adalah video porno. Dan terbaru dengan kenaikan harga gula. Jika harga gula naik, maka akan banyak lagi kenaikan harga barang akan berlaku.Maka, adakah masih releven lagi untuk kita memilih kerajaan yang menyusahkan rakyat.

PRU-13 sudah dekat. Kenaikan harga barang adalah untuk menampung kos dalam pilihanraya. Jika anda semua orang yang cerdik yang sayangkan agama dan bangsa. Ayuhlah kita tukar kerajaan yang ada pada hari ini kepada kerajaan baru. Kerajaan yang ada pada hari ini tidak langsung mempedulikan kita sebagai rakyat. Daripada golongan kaya hingga ke golongan kebanyakkan. Semua duit rakyat menjadi santapan mereka. Dari pengguna ron 97 hingga pengguna ron 95 yang minum air menggunakan gula, ayuh kita semua ubah negara ini.

1 comment: