Sunday, January 15, 2012

Tok Pa tipu Guru, edar buku fitnah Tok Guru


Hari ini para guru pendidikan Islam seluruh Kelantan telah dipanggil ke satu program Pemantapan Profesionalisma Guru Pendidikan Islam seluruh Negeri Kelantan.

Mereka yang hadir beranggapan akan menghadiri satu program yang akan memberi maklumat dan ilmu pengetahuan bagaimana untuk menjadi guru pendidikan islam yang mantap. Namun apabila mengikuti program itu di Sekolah Teknik Pengkalan Chepa, mereka dapati telah ditipu oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan kerana program tersebut mempunyai agenda politik FITNAH UMNO dengan membawa Dato Pa yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Turut hadir pada program itu adalah Tn Hj Hussain Bin Awang merangkap Pengarah Pelajaran Jabatan Pelaran Negeri Kelantan. Tn Hj Hussain sendiri telah memberi ceramah pada program itu dengan meminta para guru menyokong Kerajaan UMNO kerana mengikut beliau, gaji yang diterima guru-guru adalah wang kerajaan UMNO.

Para guru juga telah diberi tiga naskah buku "FITNAH" yang berjudul, "TOK GURU DULU DAN KINI, APA SUDAH JADI dan FATWA TOK GURU" Kandungan buku itu jelas menunjukkan fitnah terhadap tok guru dan telah menggunakan institusi pendidikan untuk berkempen parti UMNO dan menfitnah tok guru sedangkan undang-undang tidak membenarkan mana-mana guru atau pelajar terlibat dalam aktiviti politik apatah lagi berceramah dalam sekolah. Dan yang paling teruk, mengguna platform guru pendidikan islam untuk menfitnah tok guru.

Pada program itu, Dato Pa dan beberapa orang penceramah telah mengguna institusi pendidikan dengan sengaja memburuk-burukkan kepimpinan tok guru dan kerajaan negeri Kelantan. Mereka juga telah membuat ceramah politik pada program itu dengan menggunakan fakta-fakta yang tidak jelas dan dengan sengaja memutar belitkan fakta untuk menarik undi para guru pendidikan Islam.

Namun, aku telah berjumpa dengan salah seorang peserta yang hadir menyatakan ketidakpuasan hati dan kecewa dengan sikap Dato Pa yang sanggup merosakkan institusi pendidikan demi kepentingan politik dengan membawa politik fitnah. Peserta itu juga melahirkan rasa kecewa apabila penceramah telah memutar belikkan fakta dan sanggup memfitnah tok guru. Tambah peserta itu lagi, mereka tidak sangka program yang mereka anggap adalah program kerajaan akhirnya ditukar kepada program "cabul guru dan fitnag tok guru"

2 comments:

  1. lahanat punya haji husin.sapa kata gaji cikgu duit umno?bodoh pun jgn sampai bodoh piang.

    ReplyDelete
  2. gile ke ape? malu aku sbagai ore klate

    ReplyDelete