Sesunggunya rahsia manusia itu ke neraka atau ke syurga tidaklah kita ketahui. Dan aku juga tahu, masuknya anak cucu Nabi Adam a.s ke syurga bukanlah kerana amalannya, namun semuanya kerana rahmat ALLAH Ta’ala.
Siapalah aku jika hendak menentukan Umi Hafilda itu adalah penghuni neraka. Namun, segala tindak tanduknya di dunia ini seolah-olah dirinya bukan mahu ke syurga tetapi mahu ke neraka.
Beliau dengan berani bersumpah, dengan nama ALLAH swt bahawa DSAI itu penzina. Dan selepas bersumpah di hadapan pengikutnya, beliau terus mencarut dan mengunakan pelbagai perkataan yang biasa diguna pelacur kelas bawahan. Apa beliau tahu bahawa orang yang suka bersumpah ini adalah orang yang munafik. Adakah beliau rasa dengan bersumpah beliau sudah berada dipihak yangv benar.
Menuduh orang itu berzina tanpa bukti yang jelas itu merupakan satu perbuatan haram di sisi Islam. Malah ia boleh mendatangkan kemurkaan Allah swt.Umi bukan sahaja menuduh malah memangil secara jelas "woi penzina' Didalam islam, penuduh yang tidak mampu memberikan 4 orang saksi adil yang tiada cacat peribadinya maka penuduh itu adalah pendusta.Dan ini bukan hukum yang ditetapkan oleh penguam negara atau peguam dunia, tetapi ini hukum ALLAH swt,hukum Allah tetap hukum Allah. Maka cara yang lain selain dari hukum Allah, maka ia dianggap pendusta di sisiNya.
Maka begitu, jika sesiapa yang mengenali Umi Hafilda atau boleh memberinya nasihat, nasihatilah beliau, sesungguhnya, hidup ini sementara sahaja, dan dalam hidup ini ALLAH swt telah menetapkan pelbagai perkara yang kita patut ikut. Jika kita tidak megikut apa yang disuruhnya dan mmebuat perkara yang mendatangkan kemurkaan ALLAH swt, bagaimanakah kita mahu mendapat rahmatnya untuk berada di dalam syurga selepas hidup setelah dimatikan. Jika bukan syurga tempat kita disana, dimanakah kita ketika itu, "jauhkanlah aku dari pintu nerakamu ya ALLAH"
Aku meminta maaf jika ada yang membaca dan benci dengan bacaan ini. Namun, aku begitu geram dan jijik melihat wanita ini yang dengan terang menduduh orang itu berzina tanpa membawa saksi. Dan aku juga meluat melihat dia mengunakan "sumpah" sebagai senjata untuk menarik kepercayaan orang sedang orang yang suka bersumpah itu adalah orang munafik!
Maka, aku berdoa moga-moga wanita bernama Umi Hafilda ini sempat bertaubat dan meminta maaf kepada orang yang dituduhnya. Kerana sesungguhnya,menuduh orang itu berzina secara terang tanpa membawa 4 orang saksi dianggap fasik dan tempatnya kelak adalah neraka!
No comments:
Post a Comment