Saturday, May 26, 2012

Gambar Huru-hara di Kelantan


Inilah sejarah bakal dibangga oleh aku di depan cucu-cicik aku esok hari jika mendapat umur yang panjang. Ketika itu, insyallah anak cucu aku sedang merasai janji-janji para pimpinan yang ketika itu royalti sudah pun diberi kepada kerajaan negeri Kelantan. Ketika itu anak cucuku sudah pun merasai pendidikan percuma hasil daripada wang royalti. Jalan raya tidak lagi macam hari ini, dan setiap warga Kelantan mendapat pelbagai kemudahan. Ketika itu, dengan bangga aku akan cakap pada cucuku, aku adalah diantara mereka-mereka yang pernah berjuang demi mendapatkan hak royalti.

Ada pendapat bahawa berjalan kaki ke petronas Pasir Pekan yang bermula di Petronas Kb Mall akan mendatangkan huru-hara. Bagi aku, ini adalah pendapat orang takut lagi menakutkan. Jika tidak setuju sekali pun, rasanya tidak perlulah dengan retorik karut itu. Kami berjalan dengan sepantuk dan bendera Kelantan. Adakah dengan bendera Kelantan itu menimbulkan kemarahan orang. Adakah menunutut royalti itu satu kerja jenayah yang boleh menhuru-harakan Kelantan. Inilah alasan si penakut yang lagi menakutkan.

Bayangkan tiada sebarang tangkapan dan kecederaan pun yang terjadi. Dan jutaan terima kasih kepada Polis Kelantan yang langsung tidak memberi tekanan kepada kami dan membiarkan kami berjalan walaupun pada awal ada polis yang datang dan aku terus berterus terang ingin berjalan secara aman ke Petronas Pasir Pekan menuntut hak royalti Kelantan. Dan aku menambah, kami ingin berjalan sambil tersenyum dan melambai-lambai pada mereka yang melihat kami. Polis itu tidak menjawab apa-apa dan mereka langsung tidak mengacau kami dan perjalanan hari itu berlangsung dengan aman dan sentosa.

Ada juga yang menyindir konon seluruh negeri Kelantan sesak kerana himpunan ini terlalu ramai sehingga mencecah ratusan ribu. Terus terang, hadirin yang hadir sekitar 40 hingga 50 dan aku sudah anggap ini suatu kejaan yang amat besar. Kami datang bukan kerana desakan atau arahan parti, tapi kami datang atas dasar kesedaran dan objektif utama kami adalah ingin memberi kesedaran kepada yang melihat kami. Insyallah, mereka yang melihat kami dan memberi hon itu akan ingat kembali akan hak merak yang telah dinafikan ini. Ini adalah perjuanga rakyat yang hadir dengan ikhlas demi anak cucu di Kelantan. Bayangkan ada juga kawan-kawan daripada negeri lain juga datang memberi sokongan. Sokongan anda amat besar bagi kami. Tidak cukuo dengan itu, seorang TOKOH OTAI dalam poltik juga datang dan sanggup berjalan di terik panas demi menunjukkan rasa hormatnya pada perjuang anak muda. Terima kasih diucapkan kepada Dato' Wan Rahim yang sudi berpanas terik bersama kami.

Kepada yang anggap berjalan untuk royalti boleh menghuru-harakan negeri, tanggapan anda silap, seharusnya anda juga harus turun dan berjalan bersama dan pastikan huru-hara tidak berlaku dan bukannya hanya pandai membuat spekulasi sendiri.

Semoga perjuangan ikhlas hari ini akan dapat dinikmati anak cucu cicit kita. Ingat R ingat Royalti. Sesungguhnya, kita semua akan berjuang habis-habisan untuk kesengan anak cucu kita. Ini perjuang R, perjuangan RAKYAT!

Bacaan doa selamat sebelum memulakan perjalanan.

DWR memberi stiker R kepada rakyat yang menyokong Royalti.

Huru-hara yang manis-manis

Dari Johor datang untuk memberi sokngan terhadap Royalti Kelantan

Kemah keming Abe zin kito, dari Manik Urai datang semata-mata menzahirkan sokongan terhadap Royalti.

Abam Kacak pun sokong royalti.


Kalau hari-hari berjalan gini, buleh kurus aku ni!

Sebab Topeng puji aku kato aku berjiwa besar, aku nak puji etek. Bersama abam Topeng Perak yang berkamera besar!

No comments:

Post a Comment