Saturday, May 26, 2012

Ambiga vs Chua Soi Lek!!!



Mengapa hebatnya serangan terhadap Datuk S Ambiga? Kenapa begitu hebat penghinaan kepadanya? Daripada menjual begar di depan rumahnya ditambah dengan senaman punggung juga di depan rumahnya, dan 2 aktiviti terbari di depan rumahnya adalah ingin berniaga di depan rumahnya dan muncul gerakan yang ingin menghalaunya dari Malaysia oleh mat-mat rempit sekolah yang diketua oleh pemuda yang tidak berjaya di Kelantan.

Alasan mereka kenapa membenci Ambiga adalah kerana Bersih, LGBT dan kes murtad.Dalam pada masa yang sama mereka juga marah apabila Pakatan Rakyat terlibatkan dan bersahabat dengan Ambiga dalam bersama himpunan BERSIH dan Himpunan Lynas.Apakah meraka faham apa itu BERSIH?

Adakah itu caranya, dengan berkelakuan tidak senonoh dan bodoh sebagai wadah dalam perjuang kononnya cintakan kesucian islam dengan memberi gambaran Islam itu seolah-olah agama yang tidak mempunyai sistem. Adakah itu sistem Islam? Jika kita membenci sesuatu perkara maka kita bebas untuk melakukan sehingga batas kita sebagai manusia juga diragui.

Aku tidak mahu memberi komen dalam LGBT atau pun kes murtad yang menjadi alasan kukuh juak-juak RM20 untuk membenci Ambiga kerana aku tidak pernah sekali pun mendengar Ambiga melaungkan kebenciannya terhadap Islam. Aku juga tidak pernah melihat satu pun himpunan Ambiga yang menghina apatah lagi ingin melawan Islam.Ambiga juga tidak pernah pun mengugut PAS sekiranya Pas ingin melaksanakan hukum Islam di negara ini.

Jika ada sekali pun perkara-perkara yang Ambiga buat itu tidak disenangi umat Islam di negara ini, adakah Ambiga seorang sahaja yang menjadi kemarahan kepada umat islam di negara ini? Kenapa kamu tidak pernah melenting pun bila Dr Chua Soi Lek menhina islam. Chua Soi Lek juga bukan sahaja menghina bahkan pernah memberi amaran akan melawan UMNO habis-habisan sendiri jika UMNO berani melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Dimana Perkasa ketika itu? Dimana Hassan Ali ketika itu?
Kenapa bila seorang Presiden Parti yang bertanding dalam pilihanraya juga sahabat parti UMNO bersuara lantang dan berani memperlekehkan hukum islam tetapi juak-juak ini hanya diam membisu? Dimana keris yang kononnya lambang kepada kastria melayu? Dimana suara berani anak jantan melayu? Dimana songkok tinggi kebanggaanmu? Dimana samseng-samseng kamu?

Dr Chua Soi Lek adalah Presiden sebuah parti komponen BN. Kenapa demi menjaga kepentingan parti maka UMNO sanggup berdiam diri sehingga Perdana Menteri sendiri tidak pernah menegur sahabatnya yang terang-terangan menghina Islam. Dan kenapa para juak-juak UMNO langsung tidak pernah menyentuh isu ini seolah-olah isu ini tidak wujud. Dimana keberanian dalam menghadapi Ambiga?

Kami di Pakatan Rakyat bersetuju dengan Datuk S Ambiga dalam isu BERSIH dan Lynas. Dalam perkara hal lain Pakatan Rakyat tidak pernah melibatkan Datuk S Ambiga. Dan kenapa Pakatan Rakyat tidak melawan Ambiga kononnya terlibat dalam LGBT sama juga kenapa pakatan rakyat tidak menyerang Chua Soi Lek secara kuat walaupun kuat serangannya terhadap Islam namun dipihak Pakatan Rakyat menganggap  Chua Soi Lek menjadi begitu kerana bersahabat dengan UMNO dan UMNO langsung tidak memberi gambaran sebenar tentang kesusian Islam. Umno sendiri tidak pernah memberi contah Islam yang baik kepada  Chua Soi Lek dan mungkin sebab itu  Chua Soi Lek begitu kuat melawan gerakan Islam dan takut sangat dengan PAS kerana Pas sebuah parti yang membawa ajaran Islam dan mungkin dirinya pula jahil tentang Islam kerana bersahabat dengan UMNO.

Jadi kepada mereka yang kononnya pejuang islam sebenar itu, usahlah berpura-pura memperjuangkan Islam. Islam tidak pernah menyuruh umatnya menimbulkan kebencian dikalangan agama lain. Usahlan memberi gambaran buruk terhadap Islam.Jangan hanya kerana RM20 kamu sanggup mengotorkan agama yang kamu anuti. Kerana kamu yang tamakkan RM20, Islam tidak dipandang suci. Kamulah perosak agama yang sebenarnya!!!


No comments:

Post a Comment