2012/02/19
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata setiap tindakannya dalam sambutan keagamaan kaum lain di negara ini adalah berlandaskan kepada syariat Islam yang dibenarkan.
Perdana Menteri berkata, apa yang dilakukannya adalah mencontohi tindakan Nabi Muhammad SAW dalam menghormati agama orang lain, tanpa menyalahi akidah Islam itu sendiri.
"Saya jaga akidah. Saya jaga peranan saya sebagai pemimpin Islam. Kita juga mesti ikut cara-cara Rasulullah SAW yang menghormati agama orang lain tapi tidak menyalahi dari segi akidah," katanya semasa menutup Perhimpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau berkata, dengan cara ini, umat Islam dan agama Islam akan lebih dihormati dan kepimpinan umat Islam itu akan membawa rahmat bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada rakyat negara ini.
Menyentuh mengenai kenyataan Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria mengenai kehadiran Perdana Menteri di sambutan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini, Najib berkata beliau berasa lega apabila Mufti Perak itu menyatakan apa yang dilakukannya itu tidak bertentangan dengan hukum syarak dan ia juga disahkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Saya terangkan kepada dia (Harussani), kenapa dan di mana saya pada ketika itu. Saya tidak masuk pun, saya di pekarangan dalam dewan dan saya bagi ucapan menyentuh soal sosio ekonomi orang India beragama Hindu. Saya tidak terbabit dalam majlis keagamaan sama sekali.
"Saya rasa lega dan berterima kasih kepada Mufti Perak apabila menyatakan bahawa ianya tidak bertentangan dengan hukum syarak dan juga fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa," katanya. - BERNAMA
Ini 3,4 bulan lepas punya cerita. Gambar diatas tidak diberitahu pula siapakah contoh yang dia ikut. Apa-apa hal, korang tengok dan korang nilailah sendiri.
No comments:
Post a Comment