Monday, October 8, 2012

Mungkin Jeming Hassan akan dibunuh


Seorang sahabat memberi satu link menyatakan ada sekumpulan manusia yang berbeza idealogi  sedang merancang ingin membunuh aku.  Aku terketawa tidak percaya. Aku bukan manusia pemanipulasi atau pembolehubah yang boleh mengubah pemikiran manusia. Aku bukan manusia penting didalam pergerakan yang perlu ditakuti. Aku hanyalah Jeming Hassan seorang aktivis yang manis apabila tersenyum. Aku tidak bertanya banyak cuma aku klik link tersebut. Namun aku gagal untuk memasuki laman url tersebut.

Mungkin aku diblock. Sahabat itu memberi gambar yang diambilnya membuat aku lagi tersenyum lebar. Kononnya yang menyatakan ingin membunuh aku ini bukanlah siapa pun. Mereka semua aku kenal dan biasa berhujah di dalam facebook ada yang aku pernah berjumpa seperti Jogho dan aku tidak percaya mereka akan membunuh aku. Kami hanyalah berbeza pendapat. Ayat yang mereka guna itu pun tidak menunjukan mereka berniat untuk membunuh selaian ianya hanyalah satu manifestasi kemarahan mereka apabila aku gemakan "ROYALTI HAK KELANTAN" di Stadium Muhamad ke 4 baru-baru ini.

Namun sahabat ini tetap bertegas. Ini ugutan bunuh."S si Rahim Bakar jelas memberi mesej bahawa akan pukul sebab ayat "tinboot" dalam bahasa kelantan bermaksud tumbuk" jelas seorang sahabat melalui perbualan telefon yang jelas bimbangkan keselamatan aku. Jutaan terima kasih kerana begitu mengambil berat tentang aku. Sababat aku ini juga sering membangkitkan kes Bajili yang pernah dikepung dengan beberapa pemuda dengan pedang samurai dan Syam Ghaz bersama ibnya yang pernah ditumbuk juga dalam isu royalti. Penjelasan sahabat ini sedikit membuat aku berfikir. 

Selang beberapa minit kemudian, mungkin sahabat aku yang memberitahu kepada seorang peguam yang biasa dalam kes ini menelefon dan meminta aku membuat laporan polis atas dasar menerima ancaman apabila si Rahim Bakar jelas mengugut akan membuat sesuatu jika berjumpa dengan aku di Stadium Shah Alam pada perlawanan bola antara Kelantan dan Selangor.

Terasa terharu apabila sahabat begitu mengambil berat terhadap aku. Sebelum ini pun selepas peristiwa di SUK sahabat sering menemani aku dan tidak membenarkan aku berjalan seorang diri katanya aku dalam bahaya. Aku tidak rasa sedemikian namun mereka tetap berdegil. Mungkin aku masih baru dan tidak pernah berhadapan politik sedemikian. Namun aku yakin politk Kelantan hari ini adalah politik matang.

Sebenarnya perkara ini aku pernah berbual dengan arwah ibu aku. Arwah Ibu aku sebelum jatuh sakit, beliau juga adalah seorang aktivis dan pendakwah yang sentiasa masuk ke kampung-kampung memberi penerangan mengenai PAS. Beliau juga pernah dikejar dengan parang kerana ada yang tidak suka dengan penerangan arwah ibuku walaupun arwah ibuku sangat disukai ramai apabila dia bersyarah dan syarahan arwah ibu tidak terlalu politik selain bersyarah menggunakan hujah al-quran dan hadis. Nanum bagi mereka yang berbeza pendapat itu merupakan jenayah yang besar pabila memberi peneranagn yang bertentangan dengan kepercayaannya.

Arwah ibu selalu berpesan, kerja dakwah bukanlah suatu perkara yang mudah. Sedangkan nabi Muhanmad saw utusan ALLAH swt sendiri bersusah payah dalam medakwah dan mentarbiah umatnya sebelum islam diterima masyarakat arab. Baginda Muhammad saw bukan sahaja diugut bahkan operasi ingin membunuh baginda juga dibuat namun ketentuan ALLAH swt tidak mengizinkan maka perkara tersebut tidak terjadi.

Walaupun aku ini tidaklah sebagai pendakwah seperti mana arwah ibu, namun ibu selalu menyatakan asalkan kita membuat sesuatu lerana ALLAH swt dan demi kebaikan maka itu adalah perkara perjuang. Apatah lagi perjuang ROYALTI yang menuntut hak rakyat Kelantan. Sebelum arwah ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir, arwah ibu berpesan supaya aku berjuang sehingga ROYALTI benar-benar dikembalikan atau aku kembali kepada ALLAH swt. Ibu berpesan jangan tinggalkan medan perjuangan walau apa pun rintagan. Didalam perjuang rintangan itu adalah kudis kecil yang memang perlu kita hadapi.

Merujuk kepada komen sahabat yang berbeza idealogi di facebook itu seolah-olah tidak membenarkan aku ke Shah Alam. Itu menandakan kemenangan aku di dalam berjuang ROYALTI. Mereka takut aku akan memberi penerangan sehingga terpaksa membuat komen begitu atau mungkin mereka sedang memujuk para sahabat supaya jangan bimbang akan kemaraan Jeming Hassan. Aku anggap komen tersebut hanyalah gigitan nyamuk dan dengan izin ALLAH swt aku akan sampai ke Shah Alam dan akan terus berkempen mengenai ROYALTI. Aku akan terus menyatakan pendirian aku bahawa" ROYALTI HAK KELANTAN"

Saat kematian aku semakin hampir

Sesungguhnya, aku sememangnya sedang menghampiri saat kematian. Setiap hari detik-detik kematin aku begitu hampir dengan aku. Cuma aku tidak tahu bilakah waktunya. Sebagai manusia biasa, apabila hari bertukar hari maka saat kematian itu semakin hampir. Aku tidak mahu fikir bila aku akan mati, di dalam kepala aku, aku hanya fikir "apakah aku buat sebelum aku mati"

Andai aku benar-benar mati dibunuh

Walaupun aku menolak dakwaan sahabat mengenai ugutan bunuh tersebut, namun aku tidak menolak sebarang kemungkin. Kemungkinan untuk dibunuh semasa berjuang itu adalah perkara biasa. Namun aku berdoa jika benar aku meninggal dunia ketika berjuang dan dibunuh musuhnya, aku berdoa moga-moga aku syahid dan aku ditempat disyurga bersama para pejuang islam yang lain. Dan jika benar aku dibunuh oleh musuh ketika berjuang, dan jika artikel aku ini adalah yang terakhir atau ketika artikel ini dibaca oleh kamu aku sudah pun berpisah roh dan jasad, doakan aku dan teruskan berjuang. Kerana mati itu pasti datang, dan lebih baik berniat untuk mati syahid.

Aku bukanlah ingin membesar-besarkan sesuatu perkara, namun aku ingin memenuhi permintaan seorang sahabat yang begitu bimbang sehingga beliau mahu aku tidak keluar rumah untuk beberapa bulan ini. Beliau meminta aku membuat "sesuatu" sebagai contoh membuat laporan Polis dan meminta pihak polis memberi perlindungan kepada aku. Buat masa ini aku rasa tidak perlu lagi membuat sedemikian kerana aku masih manganggap ini perkara kecil namun kerana aku berjanji akan membuat "sesuatu" maka inilah sesuatu yang mampu aku buat. Aku menulis ini sebagai tindakan "sesuatu" dan ucapan terima kasih kepada para sahabat yang begitu mengambil berat terhadap aku. Sesungguhnya ALLAH swt yang menentukan semua yang terjadi di langit dan di bumi. Doakan aku selamat dunia akhirat.

wallahualam.

2 comments:

  1. jgn takut dengan ugutan,hasutan,ancaman...ini hanya ujian dari allah sahaja.selagi kita berada di jalan yang benar, pada hakikatnya allah akan "memayungi" kita.

    ReplyDelete